Thursday, August 25, 2011

Kehilangan

Dah lama rasanya tak update. Tiba2 harini nak update blog mengenai "Kehilangan".  Ermm, hari Ahad 21/08/2011 bersamaan 21 Ramadhan pada jam 11.55 pagi, aku kehilangan org yg tersayang, iaitu Nenek tercinta (Che Puteh Bt. L Hussin, 93 tahun). Kitorg panggil nenek dgn panggilan "Tok Teh". Namanya Puteh, orgnya pun Puteh. Arwah Tok Teh meninggal depan2 aku. Tapi cara Arwah Tok Teh meninggal, tenang je. Tgk muka dia pun tenang. Cuma anak2 & cucu2 dia je yg tak tenang. Huhu, serius sgt terasa kehilangannya. Arwah TokTeh takda sakit apa pun. Biasa la kan, sakit tua. Sempat jgk aku jenguk Arwah TokTeh, 2 jam lebih pun jadi la. Hari Ahad tu aku gerak dari KL jam 7.30 pagi. Sampai kat Ipoh (rumah Pak Njang) jam 9.30 pagi. Waktu kitorg sampai tu, Arwah TokTeh terbaring. Info drpd Pak Njang, Tok dah terbaring dlm 3 hari cmtu. Dia tak mkn+minum. Tgn+kaki dia semua dah bengkak2, sbb dia rasa gelisah dia hentak tgn kat dinding. Dia pun dah tak boleh bercakap. Hari Ahad tu, dlm jam 10 lebih, org Marhaban dtg ke rumah utk baca Yassin utk Tok. Lps baca Yassin, org Ambulans dtg utk check darah + masukkan air dlm bdn Arwah TokTeh. Lepas semua selesai, Mak aku bgtau kat Abg sulung aku, jgn tinggalkan tok sorg2, kalau boleh ajar dia mengucap dua kalimah syahadah. Time tu aku duduk dgn kakak, cousin, anak menakan (berhadapan katil Tok), tgh main2 dgn anak menakan aku. Waktu Along ajar Tok mengucap, Tok mcm tersentap, mcm nafas dia dah berhenti. Along terkejut tgk Tok mcmtu, aku tersedar jgk yg Tok tiba2 kaku (takde gerak2), Along terus panggil cousin aku. Time tu yg sedar Tok tiba jadi kaku, ktorg 3 org la (Along, aku, cousin aku). Cousin aku terus pegang dada Tok dgn panggil2 Tok. Nasib baik Tok ada hembus nafas lagi (lama sgt Tok kaku). Then, jadi lagi. Ktorg semua dah cuak, terus panggil Pak Njang. Pak Njang tepuk2 pipi Tok. Tok hembus nafas lagi (kali terakhir bernafas), lepas tu Tok terus dah tak bernafas. Mmg terkejut semua org kat situ. Pak Njang aku menggigil pegang Tok. Pak Njang keluar panggil kwn dia utk sahkan yg Tok dah meninggal dunia. Tak lama lepas tu, kwn Pak Njang sahkan yg Tok dah tak bernyawa. Sgt2 sedih masa tu. Mmg terus keluar air mata, berjurai2. Tak ingat dah org kiri kanan.




Then, call adik beradik yg lain utk bgtau Tok dah meninggal dunia. Huwawawawawawa ;(. Ermm, Pak Njang buat keputusan utk kebumikan Arwah Tok lps Asar. Dalam jam 3 ptg, Arwah Tok dimandikan. Aku yg tak kuat ni, nak jgk tgk diorg mandikan Tok. Waktu mandikan Tok, aku tiba2 pening kepala. Mmg tak kuat sungguh aku ni. Huhuhu. Org yg mandikan Tok, diorg mintak tlg, suh pegang bahu Tok, sbb dia nak cuci najis2 yg ada. Aku la yg pegang. Lama sgt............... Aku panggil plak akak aku utk gantikan tmpt aku. Aku serius mcm nak pitam. Sedih tgk muka Tok time tu. Ni 1st time aku tgk org mandikan jenazah. Dah selesai mandikan Tok, tiba masa utk kapankan pulak. Ramai yg tgk Tok dikapankan. Aku duduk ngan anak menakan aku, 31st Ogos ni dia cukup 2 tahun. Dia ckp, "Nek sakit, nek teriak" (teriak = menangis).. Aku terus sebak dgr anak menakan aku ckp cmtu.. Yela, kan bdk2 boleh tau.. Aku terpikir, terseksa ke Tok kat 'sana' ?? Huhuhuu, mengalir lagi air mata.. Dah selesai semua, van jenazah smpai kat rumah utk bwk Arwah Tok kat Masjid dan kebumikan Arwah Tok.. Aku nak ikut kebumikan Tok, tapi keadaan tak mengizinkan aku ke sana.. Mlm tu ktorg sume berbuka kat rumah Pak Njang.. Dlm kul 8.30 mlm, terus balik ke KL.. Sbb esoknye kerja.. Kalau mlm tu ada wat tahlil, ktorg tak balik KL mlm tu.. Tapi Pak Njang kata, org mesti tak ramai kalau buat tahlil, sbb bulan Ramadhan kan.. Tepat kul 11mlm, ktorg selamat sampai KL.. Semua muka sememeh je ;(

Soal jodoh, maut semua di tangan Allah S.W.T.  Aku tak tau bila Allah S.W.T akan tarik nyawa aku.. So, aku nak minta maaf kalau aku ada wat silap/kesalahan kat korg.. Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua yg telah meninggalkan kita dan dunia Allah ini..  Al-Fatihah~




No comments:

Post a Comment