Tuesday, December 13, 2011

Again & again . . .

Aduh aduhaiii. Bersawang lagi la blog aku ni. Lagipun takde benda yg menarik nak diceritakan di sini. Sebenarnye bukan takde cite menarik laa. Sbb aku dh dpt kerja baru la. No more internet. Kalau tmpt kerja dulu boleh la berinternet. Skrg, NO MORE!! Hahahaa. Padan muka aku!! Kihkihkih.

Kerja baru skrg kat KL. woo, dah lama kot tak menapak ke KL. setahun lebih dah tak kerja kat KL nuh. Bile start balik kerja kat KL, pergh, kaki letih kot. Mane tak nye. 2 transport lagi. Jalan kaki lagi. Adui. Takpe. Berusaha tangga kejayaan kannn. Yeah!! Chaiyok2!!! Hee ;)
Minggu ni dah minggu ke 4 Ku kerja kat tmpt baru. So far, okay la. Not bad. Biar takde kwn, asalkan kerja dijalankan mcm biasa. Hehe.

Aku mcm biase la. Mula kat tmpt baru, agak pendiam la. Segan. Emm, semua la yg sewaktu dengannya. Hehe. Aku ni jarang ada officemate seramai kat tmpt kerja aku skrg ni. Lebih 60 org kot. Giler ramai kan. Dulu tmpt kerja lama, staff je 300 lebih. Lagi ramai kan. Tp tak sama dgn office. Yg dulu tu supermarket. Lainnnnn. Yg officemate ni ramai yg ensem2!! Awwww, hahaa. Mula la nak menggatal di situ. Hihi. Alaa, bg la peluang kat kite nak menggatal sekejap ye. Hehehee. Ala, menggatal tu pun dgn cara pandang org tu senyap2 or pandang dr jauh. Haha. Kalau nak menggedik2 dpn org tu, mmg bkn aku la jwbnye. Hee. Tapiiiiii mmg ramai yg ensemmmmm2 kat situuu. Adui. Haha. K lah. Next time kalau aku ada masa lagi, aku update ye! Ngee :D

Assalamualaikum! :)

Wednesday, September 21, 2011

Harimau Malaya vs Samurai Biru !!!




Assalamualaikum...

Hari ini bersamaan 21 September 2011 akan bermulanya perlawanan bolasepak pusingan ketiga bagi kelayakan Olimpik 2012 zon Asia yang menemukan skuad Harimau Malaya (Malaysia) menentang skuad Samurai Biru (Jepun). Perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung di Stadium Tosu, Jepun.

Siaran langsung boleh dilihat di saluran berikut:

Astro 801 (7 petang)

Astro Supersport (7 petang)

RTM2 (6.45 petang)

Masa siaran diatas bagi perlawanan yang berlangsung adalah mengikut waktu Malaysia.

Kepada penyokong Harimau Malaya, jangan lupa saksikan perlawanan yang bersejarah ini. Semoga skuad Olimpik Harimau Malaya dapat mengejutkan tuan rumah.

Tanah Tumpah Darahku! Selamanya Harimau Malaya!! Aumm!!


Thursday, August 25, 2011

Rabbani - Pergi Tak Kembali


Kehilangan

Dah lama rasanya tak update. Tiba2 harini nak update blog mengenai "Kehilangan".  Ermm, hari Ahad 21/08/2011 bersamaan 21 Ramadhan pada jam 11.55 pagi, aku kehilangan org yg tersayang, iaitu Nenek tercinta (Che Puteh Bt. L Hussin, 93 tahun). Kitorg panggil nenek dgn panggilan "Tok Teh". Namanya Puteh, orgnya pun Puteh. Arwah Tok Teh meninggal depan2 aku. Tapi cara Arwah Tok Teh meninggal, tenang je. Tgk muka dia pun tenang. Cuma anak2 & cucu2 dia je yg tak tenang. Huhu, serius sgt terasa kehilangannya. Arwah TokTeh takda sakit apa pun. Biasa la kan, sakit tua. Sempat jgk aku jenguk Arwah TokTeh, 2 jam lebih pun jadi la. Hari Ahad tu aku gerak dari KL jam 7.30 pagi. Sampai kat Ipoh (rumah Pak Njang) jam 9.30 pagi. Waktu kitorg sampai tu, Arwah TokTeh terbaring. Info drpd Pak Njang, Tok dah terbaring dlm 3 hari cmtu. Dia tak mkn+minum. Tgn+kaki dia semua dah bengkak2, sbb dia rasa gelisah dia hentak tgn kat dinding. Dia pun dah tak boleh bercakap. Hari Ahad tu, dlm jam 10 lebih, org Marhaban dtg ke rumah utk baca Yassin utk Tok. Lps baca Yassin, org Ambulans dtg utk check darah + masukkan air dlm bdn Arwah TokTeh. Lepas semua selesai, Mak aku bgtau kat Abg sulung aku, jgn tinggalkan tok sorg2, kalau boleh ajar dia mengucap dua kalimah syahadah. Time tu aku duduk dgn kakak, cousin, anak menakan (berhadapan katil Tok), tgh main2 dgn anak menakan aku. Waktu Along ajar Tok mengucap, Tok mcm tersentap, mcm nafas dia dah berhenti. Along terkejut tgk Tok mcmtu, aku tersedar jgk yg Tok tiba2 kaku (takde gerak2), Along terus panggil cousin aku. Time tu yg sedar Tok tiba jadi kaku, ktorg 3 org la (Along, aku, cousin aku). Cousin aku terus pegang dada Tok dgn panggil2 Tok. Nasib baik Tok ada hembus nafas lagi (lama sgt Tok kaku). Then, jadi lagi. Ktorg semua dah cuak, terus panggil Pak Njang. Pak Njang tepuk2 pipi Tok. Tok hembus nafas lagi (kali terakhir bernafas), lepas tu Tok terus dah tak bernafas. Mmg terkejut semua org kat situ. Pak Njang aku menggigil pegang Tok. Pak Njang keluar panggil kwn dia utk sahkan yg Tok dah meninggal dunia. Tak lama lepas tu, kwn Pak Njang sahkan yg Tok dah tak bernyawa. Sgt2 sedih masa tu. Mmg terus keluar air mata, berjurai2. Tak ingat dah org kiri kanan.




Then, call adik beradik yg lain utk bgtau Tok dah meninggal dunia. Huwawawawawawa ;(. Ermm, Pak Njang buat keputusan utk kebumikan Arwah Tok lps Asar. Dalam jam 3 ptg, Arwah Tok dimandikan. Aku yg tak kuat ni, nak jgk tgk diorg mandikan Tok. Waktu mandikan Tok, aku tiba2 pening kepala. Mmg tak kuat sungguh aku ni. Huhuhu. Org yg mandikan Tok, diorg mintak tlg, suh pegang bahu Tok, sbb dia nak cuci najis2 yg ada. Aku la yg pegang. Lama sgt............... Aku panggil plak akak aku utk gantikan tmpt aku. Aku serius mcm nak pitam. Sedih tgk muka Tok time tu. Ni 1st time aku tgk org mandikan jenazah. Dah selesai mandikan Tok, tiba masa utk kapankan pulak. Ramai yg tgk Tok dikapankan. Aku duduk ngan anak menakan aku, 31st Ogos ni dia cukup 2 tahun. Dia ckp, "Nek sakit, nek teriak" (teriak = menangis).. Aku terus sebak dgr anak menakan aku ckp cmtu.. Yela, kan bdk2 boleh tau.. Aku terpikir, terseksa ke Tok kat 'sana' ?? Huhuhuu, mengalir lagi air mata.. Dah selesai semua, van jenazah smpai kat rumah utk bwk Arwah Tok kat Masjid dan kebumikan Arwah Tok.. Aku nak ikut kebumikan Tok, tapi keadaan tak mengizinkan aku ke sana.. Mlm tu ktorg sume berbuka kat rumah Pak Njang.. Dlm kul 8.30 mlm, terus balik ke KL.. Sbb esoknye kerja.. Kalau mlm tu ada wat tahlil, ktorg tak balik KL mlm tu.. Tapi Pak Njang kata, org mesti tak ramai kalau buat tahlil, sbb bulan Ramadhan kan.. Tepat kul 11mlm, ktorg selamat sampai KL.. Semua muka sememeh je ;(

Soal jodoh, maut semua di tangan Allah S.W.T.  Aku tak tau bila Allah S.W.T akan tarik nyawa aku.. So, aku nak minta maaf kalau aku ada wat silap/kesalahan kat korg.. Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua yg telah meninggalkan kita dan dunia Allah ini..  Al-Fatihah~




Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

diam tak diam.. lengah tak lengah.. fikir tak fikir.. borak tak borak.. dah 3 hari kita berpuasa kan.. hee, penuh tak ni?? haha, jeng3x.. setakat ni aku still full~ hahaha.. bangga jap.. Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam..



Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...
Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah...
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Syukur, Allah naungi kita dengan rahmat & hidayahnya...
Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini...

"Ramadhan Al-Mubarak"

~Alhamdulillah~

bengap!~

"Amirulhadi & Safee Sali main seperti monyet"
Hidayah17 (twitter) isteri kapten pemain Singapura, SHAHRIL



Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.


Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.


“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.


“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahril ngan isteri dia dah deactive acc twitter masing2.. haa, tau pun takut korg kan..
ckp mmg pandai.. ouh, lupa.. korg kan PELAKON TERBAIK!!

adei.. kesian Safee ngan Amirulhadi.. tak pasal2 digelar sebegitu rupa.. weii, diorg ni pun manusia, ngko pun manusia jgk.. eee!! geram2!!

Japan's Latest Trains

Assalamualaikum w.b.t. .. hehe.. rasanya dah lama tak update blog.. sbb dah lama tak update blog, kerana!!! haha.. kerana bila nak update je, msti ERROR.. haishh.. skrg dh ok KOT~ huhu.. ok, berbalik kepada tajuk entry ni.. Japan's Latest Trains.. pagi ni dpt email dr kakakKu! hee, tiba2 tgerak hati nak post pasal benda ni.. sbb menarik kot.. kalau korg nak tau ape yg menarik tu,

tgk la gmbr kat bwh ni..
...
...
...
...
...
...













haaa, menarik kan train Jepun ni.. negara kita insyaAllah bakal menyusul.. hahaha, ye ye je :P

Monday, June 27, 2011

Coming Soon

Sorry... skrg agak BUSY dgn kerja.. later (BULAN DEPAN) saya akan update ENTRY baru yerp.. hehe..

Segala kesulitan amatlah dikesali

hakhakhak :D

Friday, June 24, 2011

bErsAwaNg~

Assalamualaikummmm.. wahh.. dh 3 bln aku tak meng"UPDATE" blog neh.. dah bersawang da pun.. agagaga... ada cerita baruuuu.. wuhuuuuu... nantikan ENTRY seterusnye okayyy..! owsemmm!! hek3x :P

Saturday, March 19, 2011

dLm diLeMa

ok, aku dlm dilema skrg ni.. dr dulu lagi kot..haihh..
aku ni dh ler minat HP.. pantang skit nak tgk haa..
aku nak HP baru!!
huhu.. sadis btol kena tggu lame2.. ;(
tp takpe.. lame2, harga HP ni turun kan..

ni antara HP2 yg aku minat... :P
Sony Ericsson Vivaz (cantik gak.. minatttt!)


HTC Touch 2 (grgrgr.. minat gak!!)


Blackberry Curve 3g (same! minat jugekk!)


Blackberry Bold 9700 (ni x yah ckp la.. sume aku minat.. adeh!)


iPhone 3g (yg ni toksah kabor la.. x mampu lagi nk beli)

mood :: tgh kumpul duit !! bile la duit nak capai harga hp2 ni, tak tahu ler.. x(

Friday, March 18, 2011

contest: pic paling sempoi

Assalamualaikum..

1st time aku join contest ni.. sbb aku telah di tag oleh CikBee .. huhu ..
contest ni Kak Zulaikha yg pnye .. so, tergerak la hati ni nak join contest yg sedemikian ..
muleh kan join ?? kalau xleh pun, I tetap nak join .. hehehe :p

syarat2 perlu join contest ni, kena letak pic tuan nye .. tomei gak akak a.k.a tuannye kan.. hehe


tadaaaaaa ... :)




aku rase ni kot pic sempoi.. sbb nye time ni nak pi kenduri kawin kat kg.. tahun 2009 kalau x silap..
bdk ni a.k.a anak sepupu aku, dia suke sgt bgmbr.. asal nmpk hp je, dia ckp "kakak, nak gmbr, nak gmbr".. (dgn suara halus dia tu)
then, ni lah hasilnye lps take picture ngan dak nakal ( name dia Fazli / Paji)..
dia kalau amik gmbr msti nak over cmni .. hehe.. sempoi aje kannnn :)

mmbr yg kena tag:
cikbee (lagi skali kena tag.. huhu)

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

semakin hari, semakin rajin aku nak wat ENTRY ni.. haha.. best la pulokk :p

tgk pd tajuk aku ni "LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal" ..
so, dah semestinye la kan aku cite psl Lat ni ..

ce cite .. ce cite .. huhu

begini kisahnye....
hari Rabu (16/3/11) mlm, tibe2 je jari ni nak tekan channel 105 (Prima)..
then, ade la cite psl The Making Of LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal ..
aku pun tgk la.. tgk pnye tgk ... aik, mcm best plak kn cite ni.. huhu..
hati memberontak nak tgk sgt2.. haha.. over k!
trus aku msg along aku (nuar) [1 fmly kami geng teater] ...
"along, jom tgk cite LAT.." then, along aku reply "jom2.. sape je lg yg nak gi tgk ni?" ...
aku ckp la "ida sorg je kot nk gi tgk, yg lain tak nak.. so, kite bdua jela pi"..
along reply "Ok!"

then, keesokkan hari nye (Khamis 17/3/11)..
along trus servey kat internet thru online..
along msg, dia kate "ala, seat jauh2 laa.. :( "
aku reply blk, "erm.. xpela long, bole jela, asalkn dpt tgk!! haha"
along msg :: "Paid.. Grand Circle.. Seat J-01 & J-28"
wahhh, seronok btol kalau dh dpt tiket kann.. hee
nasib baik ade kosong lagi skit kann...
tapi kesian laa, seat ktorg jauh2.. sorg hujung sebelah kanan, sorg lagi hujung sebelah kiri..

lps2 keje kul 5.30pm, balik2 trus mandi n pkai baju trus utk ke Istana Budaya..
hahaha, excited kot..!! lagi2 ber'couple' dgn abg aku..
ngeh3x :D

dh lps dinner dgn 1 fmly, kul 8pm ktorg kuar dr umah..
(ermm.. sedihnye tak dpt tgk cite KOREA!!!)
huhu, takpe la kan.. tgk ulangan jela ari Ahad.. hehe

kul 8.15pm dh smpai Istana Budaya .. wuuu, penuh dah kot parking ..
adeh .. last2 parking kat Galeri .. huhu .. jauh skit la kena jln kaki ..
masuk2 je dlm IB, wahhh, cantik nyeee.. (jakon mcm 1st time masuk.. pdhal dh masuk byk kali..)
hehehehe..

then, kul 8.30 pm bermula lah teater LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal ..


Kampung Boy

Lat (kanan skali) & rakan2 belajar melukis !

Lat sekeluarga pindah ke Pekan

dlm kelas Mrs Hiew ( Do What You Love & Love What You Do )

Lat x biase dgn keadaan di Pekan

jmpa kwn baru kat Pekan (Frankie)

kerja di NSTP ( Lat & Samad Said)

ketika bapa Lat meninggal dunia ..

jmpa awek .. (Faezah bini Lat)

ngorat time.. hehe :p

sesudah smpai di Kota London.. ( mcm btol2 je kan sejuk tu, sbb ade salji tipu :p )

di Kota London .. (haha, best kot ade Frankie ni..)

lalalalalalala

Pekan Boy ... (Frankie)

Ending ( Lat sekeluarga happy dpt balik ke Kampung!! )



Inilah Lat yg sebenarnya (Mohd Nor Khalid)

Awie melakonkan watak sbg Lat ..

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal (best!)

p/s: kpd sesape yg blom beli tiket cite LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal, better pegi beli / booked tiket skrg .. rugi sape yg x tgk !! hee

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal
16 Mac 2011 - 5 April 2011

Thursday, March 17, 2011

Diet ke???

tgk pd title aku ni Diet ke????

motif aku wat entry ni,
sbb utk minggu ni je aku rase mcm tak tahu ler nak mkn ape..
n satu lagi sbb "Duit Tak Mencukupi"
**resah semcm.. haha..
byk sgt ke aku pakai duit bln 3 ni..??? aiyoyo ommaa, oppaaaa ;(
arghhhh,, mmg tak reti dok diam ler kalau duit tak mencukupi nihhhh..
kalau duit ade, confirm dah balun abs daaa.. huwaaaaaaaaaaaaaa
ape patut aku wat niiiii.....

ni antara menu2 gmbr yg aku mkn Bfast n Lunch only..
Dinner kira blkg cite la ye.. hahaha :D

menu for Bfast !!

menu for Lunch !


p/s: kesian kan aku... huwaaaaaaaaaaaaaaaaa ;(

Monday, March 14, 2011

permulaan yang baik

aku org baru kat sini.. hrp dpt tnjuk ajar ku sifu drpd blogger2 yg lain!!! whee :p

p/s: ade sdikit minat dlm blog2 inih.. wheahuuuu ;)